Monday, 4 June 2018
Monday, 22 September 2014
Detik-detik Pengalaman Saya (2012) Part 2
Selepas projek naik taraf. Perubahan PSS ...
Saya adalah seorang yang membuat kerja mengikut perasaan. Begitu juga semua perubahan di PSS .
Saya adalah seorang yang membuat kerja mengikut perasaan. Begitu juga semua perubahan di PSS .
Detik-detik Pengalaman Saya (2009 - 2012) Part 1
Bermula pada tahun 2009,saya diberi jawatan sebagai guru pss. Saya belajar melalui 3 buah panduan buku pss. Jika bermesyuarat di PKG, sembang sama sekali dengan rakan-rakan atau tanya pihak pengawai PKG untuk mendapat info pengurusan pss.
Pada masa itu,saya tutup pss dari bulan Januari sehinggalah ke bulan April untuk membuat perubahan.Guru Besar telah menegur saya kenapa ambil masa yang panjang untuk membuat perubahan, tetapi saya tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan,disebabkan niat untuk berubah bukannya dalam jangka masa yang pendek.
Masih saya ingat, semasa saya ke PKG,tahap pencapaian pengurusan pss hanya 1 bintang sahaja. Dalam hati, saya janji dengan diri saya supaya berubah semuanya dalam tempoh pengurusan saya nanti.
Pada tahun 2011, dengan mendapat sumbangan kewangan dari lembaga sekolah, PSS telah mendapat RM20,000 untuk menaik taraf. Dalam hati saya, memang berasa gembira sungguh.
Saya percaya, ada perkorbanan ada hasil disebaliknya.
Monday, 30 September 2013
Tuesday, 30 July 2013
Wednesday, 20 March 2013
LITERASI MAKLUMAT
LITERASI MAKLUMAT
KONSEP LITERASI MAKLUMATLiterasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara:
- Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
- Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
- Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
- Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
- Pembangunan ICT dalam pendidikan
- Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
- Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup
Dari aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
- Organisasi maya (Virtual Organization)
- Bertindak sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
- Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
- Penggunaan komputer dan sistem elektronik
- Setiap organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning Organization)
Tuesday, 22 January 2013
Wednesday, 22 August 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)