Saturday 26 February 2011

SLOGAN PSS


Pusat Sumber Cemerlang,
 Murid Terbilang, Sekolah Gemilang.

MOTTO PSS

PUSAT SUMBER SEKOLAH
KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU

PIAGAM PELANGGAN


  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berdedikasi ke arah merealisasikan PSS sebagai gedung ilmu.
  • Menyediakan tempat dan prasarana PSS yang kondusif kepada warga SJK(C) BAGAN PASIR LAUT.
  • Menyediakan sumber rujukan yang secukupnya kepada warga SJK(C) BAGAN PASIR LAUT.

MATLAMAT PSS


  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan murid yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah murid supaya dapat memainkan peranan positif.
  • Mendedahkan murid dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.

OBJEKTIF PSS


  • Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik.
  • Menggalakkan semua murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran agar mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah ‘chalk and talk’sahaja.
  • Menyemai dan menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca, ingin tahu dan bertanya di kalangan murid melalui penggunaan bahan PSS.
  • Membantu guru dan murid dalam usaha menghasilkan dan menilai berbagai peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

MISI PSS


MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI SUMBER PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT.

VISI PSS


Mewujudkan Warga Sekolah Yang Berilmu Dengan Sahsiah Yang Seimbang, Berfikiran Kreatif Dan Inovatif Melalui Sikap Suka Membaca Dan Meneroka Sumber Informasi.